cursor

Wednesday 7 December 2011

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
PENULIS: ENCIK DAUD B. JERAWI


Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, ianya bukan sahaja mampu membantu tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia. ( Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996 ).

Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Berlandaskan tanggapan ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mengujudkan Sekolah Bestari sebagai pemangkin bagi memenuhi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ).

Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas - luasnya kepada penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan sistem pendidikan yang lebih komplek dan fleksibiliti
( KPM 1997 ). 

Peluasan penggunaan internet dalam urusan perniagaan dan komunikasi akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.


Peranan Komputer dan Internet Dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM ( National Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 ) menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik dan perlu dititikberatkan. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan Cockcroff ( 1982 ) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Situasi ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim 1989 ).

Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:-
  • Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.
  • Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan peningkatan yang posotif.
  • Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.
Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. peranan dan penggunaan internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat umumnya.

Melalaui kajian yang telah dijalankan oleh Christie ( 1996 ) terhadap penggunaan mel elektronik( e-mail ) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangan belajar secara kumpulan ( pembelajaran kooperatif), para pelajar juga semakin mesra dengnan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality ). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer internet diberikan ( Bier et, 1996 ).

Kang ( 1995 ) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati - hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir - akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian daripada Sekolah Bestari menjelang januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia ( Sulaiman, 1996 ). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program - program latihan yang berterusan kepada guru - guru. Program ini, walaupun kurang berjayya, tetapi sekurang - kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru - guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan ( 14 minggu ) Bestari kepada guru - guru di seluruh negara bertempat dibeberapa buah maktab perguruan. Guru - guru ini dipilih daripada 990 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru - guru akan didedahkandengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yan cepat dan berkesan.


Penggunaan Internet dalam pendidikan matematik

Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, stastik, kalkulus, sejarah, dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengnan pendidikan matematik ialah :

Teori pembelajaran dan aplikasi

Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa strategi ( atau teknik ) pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut pula ialah seperti 'pembelajaran kooperatif ', 'inkuri penemuan' , dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman-laman berikut:
  1. http://www.ilt.columbia.edu/k12/livetext/docs/berry1.html-Design Effecitive School- Based Learning Environments: Cognitive Apprenticeship Models
  2. http://129.7.160.115/INST5931/Constructivist.html- Constructivist Classrooms
  3. http://www.ilt.columbia.edu/ilt/papers/JohnBrown.html- Situated Cognition and the Culture of Learning
  4. http://asb.www.media.mit.edu/people/asb/convergence.html- The MediaMOO Project: Constructionisme and the profesional community
  5. http://diogenes.sedl.org/scimath/compass/v01n03/understand.html-Building an Understanding of Constructivism
  6. http://edie.cprost.sfu.ca/it/constructivist-learning - Constructivist Theories United States Disstance Learning and Teacher Education
  7. http://psych.hanover.edu/vygotsky/krauss.html- A Mediation Model For Dynamic Literacy Instruction
  8. http://tecfa.unige.ch/tecfa-research/memolab/report93-title.html- Intelligent Learning Environments
  9. http://kvoneida.hbg.psu.edu/FACULTY.Farquhar/Research/SC&l.html- Social Constructivism Research
  10. file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf4.txt.gz- Classroom Restructuring: What do teachers really need?
  11. gopher://gopher.lib.virginia.edu/00/alpha/psyc.92.3.63.reading-inference-1.1.garnham- Minimalism vs Constructionsm : a false dichotomy in theories of inference during reading
  12. ftp://princeton.edu/pub/harnad/harnad82.neoconst - Neoconstructivism: A unifying theme for tthe cognitive sciences.
  13. http://134.184.35.101/PHYSCONS.html - Physical Constructivism
  14. file://itacha.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf2.txt.gz - Constructivism and the design of learningg environments Context and authentic activities for learning
  15. http://pespmc1.vub.ac.be/construc.html - Epistemological Constructivism
  16. ftp://itacha.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/dhj.txt.gz - Thinking technology: Towards a constructiivist design model
Untuk kandungan tambahan, sila buka laman:http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html


Penutup

Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced, dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.

" Pendidikan hari ini untuk kecemerlangan masa hadapan "

RUJUKAN
  1. Arganbright.D.E. Mathematical Applications of an Electronic Spreadsheet In Computers inMathematics Education, 1984. yearbook of the National Councial of teachers of Mathematics.
  2. Catterall, P & Lewis, R . Problem Solving. Journal of Computer Assisted Learning.
  3. Heinich, R. Molenda, M. & Russell,J. Instructional media and the new technologies of education.
  4. McDonald,J.L. The Mathematicas Teachers.
  5. Ainley,J and Pratt, D. Unpacking maxbox. micromath vol. 10

No comments:

Post a Comment